BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
zikrullah n doa

Followers

Monday, August 29, 2011

- Apa Tugas Kita Di Dunia ni ?? -

Untuk apa kita dicipta atau kenapa kita dihidupkan?
Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang diperolehi. Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati. Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput dimakan ulat dan cacing-cacing.


Ada juga berpendapat begini, : aku hidup untuk cari hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas dan dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang sayang dan puji aku. Waktu itulah mereka merasakan : 
DUNIA AKU PUNYA, bukan ALLAH PUNYA.


Pendapat lain pula begini, : Aku hidup ini supaya belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi, senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku boleh jadi BOSS. Semua yang diidam-idamkan dapat, cerah masa depan. Mahu kereta besar menjalar, bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo mudah saja, mahu cakap besar pun boleh sebab sudah jadi TUAN BESAR. 
Akan tetapi apakah pendapat dan pandangan ini selari dengan kaca mata Islam?


Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang filem HOLLYWOOD telah membunuh diri kerana tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah benar jutawan-jutawan akan dipuji orang? Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut anak-anak gadisnya diculik orang dan lebih parah lagi takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan. 
Apakah itu ketenangan abadi?


Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya, berfikir tentang apakah tujuan kita dihidupkan, berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya (Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang wajib kita fikir selalu. Bukannya fikir macam mana hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal, macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi, sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al  Quran maksudnya:


"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah aku"


Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya, malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah suatu hari kawan kita kepada kita begini:


Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah. 
Apakah perasaan kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul kita dibuatnya, malah secara OTOMATIK akal kita mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati rasa puas, lega, seronok, lapang dan rasa berterima kasih padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak pernah tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah ikut perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara hidup mengikut Al Quran dan Sunnah.


Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan.


Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita kata begini: 
Hai saudara! Saudara ni hamba syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni hamba nafsulah.
Apa perasaaan kita ketika itu? Tentu melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang lain selain dari hamba Allah.


Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju. 
Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeleng kawan kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita dikatakan begitudi khalayak ramai. Hai mahu gugur kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! 
jelas, kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita sejak azali lagi.
Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah, 
mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah? Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya, renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah ini:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang 
nyata.


Dan maksudnya lagi:
Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada 
kejahatan.


Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang 
punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu syaitan, : Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita, terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah bermaksud:
Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan 
membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu.


Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah. 
Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini seringkali diburu oleh perasaan takut.
Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut 
hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa? kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar orang, takut jadi ANDARTU dan sebagainya. Oleh kerana hati sentiasa diburu oleh perasaan takut, menyebabkan mereka takut hendak sembah dan patuh kepada perintah Allah.
Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh 
musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan telah mengaku kalah dengan  mereka ini, sebab itulah tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa, fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih sayang Allah dan Rasullullah saw.
Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang 
lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi mereka, KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH, inilah antara ucapan yang mereka lafazkan sekiranya Allah memerintahkan sesuatu kepada mereka.
Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat, 
mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang? Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya bila Allah berfirman:
TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali 
menyembah diriKu.


Maka mereka tidak tanya lagi kenapa perlunya aku 
sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?


Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing. 
Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah? Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita semata-mata untuk mencari MARDHAATILLAH yakni KEREDHAAN Allah atau sebaliknya? 
Suluh-suluhlah diri kita selalu, sering-sering kalilah bertafakkur mengenangkan dosa-dosa kita dan mengenangkan apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini sudah selesai atau belum. Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih 
baik daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat 1000 rakaat dalam keadaan lalai.
Kalau belum, mulailah dari sekarang. 
Jalankanlah peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasulullah saw.


Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang 
benar-benar soleh serta diredhai Allah maka jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.
Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak 
mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah. Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat sebaliknya. 
Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap acuh tidak acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.
Rasulullah saw bersabda:
Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan 
bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pemimpin, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di dalam rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang dipimpinnya dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi  harta tuannya ia bertanggungjawab atas pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas yang dipimpinnya.
Jika kita mahu menjadi isteri atau  wanita yang 
benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:
Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang 
lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang kamu kehendaki.
Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan 
syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri (menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala perintah suami walaupun kita dimadukan.
Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna 
kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang paling hina dan celaka. Tahukah kita bahawa neraka itu adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur (nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya. Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang paling ngeri dan menggerunkan itu?
Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70 
kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini. 
Mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa dengan memakai selipar dari api neraka sehingga menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut. Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing, mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih itu. Jika rasa-rasanya tidak mampu, marilah kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk dan patuh pada segala perintah Allah.
Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada 
yang tidak mahu menyahut kedatangannya. 
Beruntunglah bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia dihidupkan di muka bumi Allah ini. Beruntunglah bagi mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilainya di sisi Allah swt.
Tidak teringinkah kita untuk menjadi salah seorang orang yang beruntung itu ?

wallahu'alam..

:: salam 29 Ramadhan 1432H =)

- Kemungkaran Punca Keruntuhan Umat Islam -

Satu hakikat yang tidak dapat dipadamkan daripada lembaran sejarah ialah bahawa umat Islam 1400 tahun yang lalu merupakan satu golongan manusia yang memiliki maruah, kemuliaan, kekuatan dan keagungan yang tiada tandingan.

Akan tetapi sebaik sahaja kita mengalihkan pandangan daripada lembaran sejarah itu kepada realiti kaum muslimin hari ini, kita akan dapat melihat satu golongan manusia yang tenggelam dalam lautan kehinaan dan dalam jurang kefasikan. Kita dapat melihat dengan jelas sekelompok manusia yang tidak mempunyai sebarang kekuatan mahupun kekuasaan. Kemiskinan dan kemunduran penduduk dunia majoritinya daripada kalangan mereka. Begitu juga kita dapat melihat mereka dalam ketandusan
harga diri, perpaduan dan kasih sayang. Bahkan, peribadi mereka tidak lagi mencerminkan nilai akhlak yang tinggi sebagaimana 1400 tahun yang silam.

Tegasnya, umat Islam sedang dalam keruntuhan dan kehinaan di mana-mana. Keadaan ini menjadi bualan malah kegembiraan kepada musuh-musuh Islam. Kenapakah keadaan ini terjadi dan terus berlarutan? Bukankah telah muncul pejuang-pejuang samada secara individu mahupun harakah-harakah Islam yang bangun berusaha mengembalikan kemuliaan, maruah, kekuatan dan ketuanan umat Islam di atas muka bumi? Di bumi Palestin misalnya, telah setengah abad rakyatnya bangkit menentang pendudukan Yahudi. Namun sehingga kini kejayaan masih jauh daripada menjadi kenyataan. Bahkan mereka semakin tertekan dan terhina. Begitu juga dengan perkembangan umat Islam di Selatan Thailand dan perjuangan umat Islam di Selatan Filipina.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa Allah biarkan umat Islam berlarutan dalam keruntuhan dan kehinaan ini. Sedangkan Allah sendiri telah berjanji untuk mewariskan bumi ini kepada umat Islam. Firman Allah:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh, bahawa Dia akan bersungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi.”

Begitu juga Allah telah memberi jaminan untuk menolong dan memuliakan umat Islam melalui firman-Nya yang bermaksud:

“Dan adalah hak Kami menolong orang-orang yang beriman.”

Firman-Nya lagi:

“Bagi Allah kemuliaan, dan bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin.”

Jadi jikalau mengikut ukuran akal maka tidak sepatutnya Allah biarkan umat Islam terus berada dalam kehinaan. Tapi kenapa Allah swt jatuhkan umat Islam daripada tampuk kekuasaan dunia? Allah serahkan kerajaan Bani Abbasyah ke tangan orang-orang Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Kenapa Allah lakukan demikian?

Untuk menjawabnya, perlulah kita memahami sunnatullah yang berlaku dalam sejarah. Firman Allah yang maksudnya:

“Hari-hari itu Kami gilir-gilirkan di antara manusia.”

Dan dalam firman-Nya yang lain:

“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) ke atas semesta alam.”

Melalui ayat-ayat ini fahamlah kita bahawa penguasaan muka bumi ini Allah tidak tetapkan milik satu-satu bangsa atau kaum sahaja. Tetapi Allah tukar gantikan antara manusia dengan tujuan agar muka bumi ini tidak dipenuhi dengan kerosakan dan kemungkaran.

Jadi apabila suatu bangsa yang berkuasa di atas mukabumi telah berleluasa melakukan penindasan, kezaliman dan kemungkaran maka Allah tidak biarkan. Allah akan datangkan satu kaum yang lain mencabar dan akhirnya menjatuhkan kekuasaannya. Begitulah sunnatullah yang berlaku dalam sejarah. Rom tua dan Parsi raya pernah berkuasa di atas muka bumi. Tetapi apabila mereka berbuat mungkar dan berlaku zalim maka Allah datangkan umat Islam mencabar kekuasaan mereka hingga jatuh. Begitu juga yang terjadi kepada umat Islam setelah hampir 700 tahun berkuasa di atas muka bumi. Allah jatuhkan setelah mereka juga melakukan kezaliman dan kemungkaran dengan kedatangan orang-orang Monggol. Begitulah juga nasib kuasa-kuaa Barat yang menjajah negara-negara di dunia kemudiannya. Begitulah seterusnya, semakin banyak kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan semakin cepat Allah jatuhkan mereka daripada menjadi penguasa muka bumi ini.

Jadi kekuasaan dan ketuanan umat Islam silam Allah jatuhkan kerana umat Islam telah lalai dripada ajaran Islam dengan melakukan kezaliman dan kemungkaran. Dan sejak itu tamadun Islam terus runtuh hingga kini umat Islam berada dalam kemunduran dan kehinaan. Perbuatan dosa dan maksiat berlaku berleluasa di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Mereka lupa Allah, lalu Allah lupakan mereka.”

Para penguasa di kalangan mereka telah cinta dunia. Mereka menghabiskan masa berhibur dan melakukan maksiat dalam istana-istana yang indah. Alim ulamanya
sudah tidak berfungsi lagi mendidik masyarakat, sebaliknya menyibukkan diri berbahas dan berdebat. Masyarakat terbiar dalam kejahilan sehingga mereka
lari daripada ulama yang amilin dan jauh daripada para fuqaha.

Justeru itu Allah sengaja datangkan penguasa yang zalim ke atas umat Islam untuk mengajar mereka. Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang bermaksud”

“Akan datang satu zaman ke atas umatku, mereka lari daripada para ulama (yang amilin) dan lari daripada fuqaha (tidak mahu bermazhab). Maka Allah akan timpakan mereka dengan tiga bala. Allah angkat keberkatan daripada setiap usaha mereka, Allah akan datangkan penguasa yang zalim ke atas mereka dan mereka keluar dari dunia tanpa membawa iman.” Oleh itu berani saya katakan bahawa kejatuhan umat� Islam dan keruntuhan tamadun yang telah dibina oleh generasi salafussoleh adalah kerana dosa maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam sendiri. Apabila mereka melakukan maksiat dan mungkar maka mereka tidak lagi tergolong dalam umat yang bertaqwa. Dengan sebab itu mereka tidak mendapat pertolongan dari Allah swt. Sebab Allah hanya berjanji untuk membantu hamba-Nya yang bertaqwa. Firman Allah yang maksudnya:

“Allah menjadi pembela kepada orang-orang yang bertaqwa.”

Menyedari akan hakikat inilah maka Sayidina Umar Al Khattab r.a tidak lupa untuk berpesan kepada tentera-tentera Islam sebelum mereka dihantar ke perbatasan dengan katanya,”Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada musuh-musuhmu. Kerana apabila kamu melakukan dosa, Allah tidak lagi akan menolong kamu. Maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu.” Begitu juga Panglima Saad Abi Waqqas dan Salman Al Farisi
ketika sedang mengharungi air sungai Dajlah untuk menawan Parsi pernah mengungkapkan, “Demi sesungguhnya Allah akan memusnakkan musuh-musuhnya selama tidak ada di dalam tentera kita orang yang zalim dan berbuat dosa.”

Di sinilah rahsia dan kekuatan taqwa. Dengannya Allah datangkan bantuan dan pertolongan tanpa diketahui dari mana datangnya. Firman Allah yang maksudnya:

“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Kami akan memberikan baginya jalan keluar dari rezeki yang tidak diketahui dari mana datangnya.”

Dalam peperangan Badar, 313 tentera Islam yang tidak mempunyai kelengkapan perang yang cukup tetapi berbekalkan taqwa dapat mengalahkan tentera kafir musyrik seramai 1000 orang yang lengkap bersenjata. Ini membuktikan apabila bertembung taqwa dan kekuatan lahir maka Allah menangkan taqwa. Tetapi jika taqwa tidak ada maka kekuatan lahir akan jadi penentu kemenangan.

Sebaliknya kalau kita tinjau kekalahan tentera Islam dalam peperangan Uhud, sebenarnya kerana tentera Islam telah melakukan dosa. Pertama, dosa kerana tidak
mematuhi arahan pemimpin (Rasulullah saw) agar pasukan memanah tidak berganjak dari kedudukan mereka di atas bukit. Keduanya, kerana hati sebahagian mereka
didatangi sifat tamak akan dunia (harta rampasan). Dosa-dosa inilah yang menyebabkan Allah berlepas tangan daripada membantu mereka.

Begitu juga yang terjadi dalam sejarah peperangan Hunain yang berlaku selepas pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera Islam yang maju ke medan pertempuran ketika itu berjumlah puluhan ribu orang. Hingga terdetik dalam hati masing-masing. “Dengan jumlah yang sebegini ramai tentu sahaja kita tidak akan dapat dikalahkan.” Tetapi apabila berlaku pertempuran, baru dengan sekali serbu sahaja maka barisan tentera Islam telah pecah dan kucar-kacir. Malah ramai berundur lari ke belakang dari medan pertempuran. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (Hai orang Mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain. Iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak sedikit pun memberi manfaat kepadamu, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”

Demikianlah, hanya kerana dosa riak dengan bilangan yang ramai (tidak lagi bergantung penuh dengan Allah) maka tentera Islam telah tiada dibantu.

Kini dunia berada di bawah cengkaman dua superpower Rusia dan Amerika yang tidak putus-putus melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi. Mereka
telah lemah bagaikan singa tua yang telah tumpul taringnya dan menunggu masa saja untuk dijatuhkan. Tapi siapakah yang bakal Allah datangkan untuk mencabar kekuasaan mereka? Adakah dari kalangan kita umat Islam yang rata-rata sedang bergelumang dalam maksiat dan mungkar?

Umat Islam telah lalai dengan sembahyang, ulamanya berkrisis dan berhasad dengki sesama mereka, rogol, zina, liwat, samun, riba, rasuah, bunuh diri, pergaulan bebas dan lain-lain kemungkaran berleluasa berlaku di kalangan umat Islam. Sedangkan usaha-usaha membanteras kemungkaran dilakukan sambil lewa dan tidak jujur. Mereka yang diharapkan membanteras maksiat dan kemungkaran juga melakukan kemungkaran seperti bersekedudukan, memakan harta anak yatim, malah jalan-jalan amar makruf nahi mungkar dipersempitkan.

Kalau demikianlah keadaan umat Islam, tentu sekali mereka tidak mungkin mencabar dan menjatuhkan kedua superpower itu. Tetapi akan Allah kutuk dan balakan mereka. Kemuliaan umat Islam tidak akan Allah kembalikan, selagi umat Islam tidak mengambil langkah-langkah untuk mengrungkai punca kutukan Allah (kemungkaran) yang menyebabkan mereka terhina di mana-mana. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya.”

Justeru itu apakah jalan keluar agar umat Islam dapat pulih daripada keruntuhan dan kehinaan ini? Imam Malik r.m ada berkata, “Pembaikan umat terakhir tidak mungkin (tercapai) melainkan dengan cara yang digunakan pada umat permulaan,” Oleh itu kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah saw sehingga berjaya mengeluarkan umat Arab daripada jahiliah yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran itu patut menjadi contoh ikutan kita pada akhir zaman ini. Rasulullah saw berdakwah dan mendidik masyarakat Arab jahiliah itu dengan tiga perkara, iaitu dengan menanamkan rasa tauhid ke dalam jiwa mereka hingga mereka takut pada Allah swt, menanamkan rasa gerun kepada seksa neraka Allah di akhirat dan menanamkan rasa cinta kepada syurga Allah. Seterusnya baginda menanamkan rasa kasih sayang sesama mereka. Akhirnya lahirlah peribadi-peribadi yang teguh imannya dan terpuji akhlaknya. Sehingga generasi didikan Rasulullah saw ini dipuji oleh Allah sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia seluruhnya.

Oleh itu jalan inilah yang hendak kita tempuh iaitu dengan membuka seluas-luasnya gelanggang bagi menyeru kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah yang mungkar. Umat Islam hendaklah diasuh dan dididik hingga mereka takutkan Allah, gerun kepada seksa neraka dan cintakan syurga Allah di akhirat kelak. Hasilnya mereka akan takut dengan dosa dan meninggalkan maksiat dan kemungkaran yang menjadi punca keruntuhan dan kehinaan di atas muka bumi.

wallahu'alam ..

:: salam Ramadhan 1432H  =)


sumber ?
http://www.magnifix.com/ashairah/index_files/Page1361.htm

Thursday, August 11, 2011

- Memahami Bacaan Dalam Solat -

Salam.. Memahami bacaan dalam solat adalah dituntut dan ia dapat menjadikan seseorang itu lebih kusyuk dalam solatnya apabila dia memahami apa yang dibacanya. Tapi adakah semua umat Islamyang solat mengerti apa yang dibacanya dalam solat? Mungkin sewaktu kecil kita didedahkan dengan bacaan dalam solat dan maksudnya, tapi seperti biasa, kebanyakan dari kita akan mengahafal bacaan arabnya dan tidak menghafal maksudnya. Jadi mulai sekarang marilah sama-sama kita mengerti bacaan dalam solat yang kita lakukan setiap hari.



1. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
2. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
3. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
4. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
5. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
6. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku
8. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
9. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
10. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

sumber ??

Saturday, August 06, 2011

~ Astagfirullah ~

Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya 2x
 
Robbiy Zidniy Ilman Naafiaa
Wawaffiqlii Amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasiaa
Watub Alayya Taubatan Nashuuha
Watub Alayya Taubatan Nashuuha
 
Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya 2x
 
Wahai Tuhan Daku Bermohon
Keampunan dan Kemaafan
Tambahkan Padaku Ilmu Yang Berguna
Terimalah Amalanku
dan Perkenankan Taubat Hambamu
 
Robbiy Zidniy Ilman Naafiaa
Wawaffiqlii Amalan Maqbuulan
Wawahablii Rizqon Waasiaa
Watub Alayya Taubatan Nashuuha
Watub Alayya Taubatan Nashuuha
 
Astaghfirullah Robbal Baroyaa
Astaghfirullah Minal Khothooya 2x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...